Friday, April 2, 2010

Hasanah '10

Firman Allah subahanahuwataala

“… hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) ….” (Q.S. Al-Hasyr [59]: 18).

Alhamdulillah selesai sudah satu majlis muhasabah separuh penggal DPMM sesi ini. Pertama kali ana mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli yang sudi memberi muhasabah, cadangan serta lontaran idea dalam sama-sama membantu tampuk kepimpinan sesi ini.

Majlis yang diadakan sedikit sebanyak memberi beberapa gambaran kepada seluruh pimpinan dan ahli dalam membuka mata melihat ini adalah tahap persatuan yang kita gerakkan secara bersama. Jatuh bangun sesebuah persatuan bergantung kepada kepimpinan dan juga komitmen ahli dalam melaksanakan segala agenda yang telah dirancang.

Ana mewakili barisan kepimpinan PMRAM cawangan Mansurah memohon ribuan kemaafan di atas segala kekurangan selaku kami barisan kepimpinan selama lebih separuh penggal ini. Terima kasih tidak terhingga di atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan kepada DPMM pada sesi ini.

Satu kalam yang ana ambil dari seorang ustaz mengatakan " DPMM bukanlah ditadbir oleh Tuhan, sekiranya Tuhan yang mentadbir DPMM maka, sedikit kecacatan pun tidak akan ada, tetapi Tuhan meletakkan yang mentadbir DPMM adalah manusia untuk menunjukkan bahawa manusia ini punya kekurangan dan kelebihan, di situ akan ada kecacatan dan kelemahan dek kerana mereka adalah manusia." [tambahan] dan pentadbiran ini mestilah selari dengan apa yang Allah dan rasul-Nya tetapkan.

Ya Allah satukanlah hati-hati kami dalam membentuk satu barisan bagi menjalankan amanah yang terpundak ini. ameen.

2 comments:

Anonymous said...

ameen..

Anonymous said...

Berjuanglah..
Tanpa mengenal penat dan jemu.
biar hidup penat dan derita dengan usaha
di syurga nnti, tempat berehat sepuas-puasnya,
tempat yg dipenuhi nikmat kekal abadi.