Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul
buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

“Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)

Semoga dengan berkat bulan dan hari yang mulia ini dapat kita jadikan ia sebagai panduan untuk kita ikuti seluruh perjalanan Baginda dalam hidup kita.

"Dan tidaklah kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan rahmat sekalian alam." (Surah Al-Anbiyak: 107)


Marilah kita banyak berselawat ke atas Baginda Muhammad Sallallahu Alaihi Waali Wasohbihi Wasallam. Moga-moga dengan berkat selawat ini kita dapat bertemu dengan baginda sebelum mata ini tertutup sama ada secara jaga ataupun mimpi. amien... :)

Tuesday, February 16, 2010

Bazar DPMM 10

Alhamdulillah selesai satu program Bazar '10 baru-baru ini. Terima kasih diucapkan kepada seluruh Ad-Hoc pelaksana yang bertungkus-lumus sejak sebulan sebelum program lagi. Moga Allah membalas segalanya dengan kebaikan yang kalian curahkan. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan DPMM AJKT dan HEWI kerana sudi meluangkan sedikit masa dan tenaga dalam membantu bagi menjana ekonomi DPMM pada program Bazar tahun ini. Begitu juga kepada seluruh masyarakat nusantara yang hadir dalam menjayakan dan memeriahkan lagi Bazaria kita pada tahun ini. Alhamdulillah.

Us Azlan segak bergaya. (bp angkat DPMMansurah).

Pada tahun ini, atas komitmen dan kegigihan pengarah dan seluruh adhoc pelaksana kita berjaya juga melaksanakannya dengan baik. DPMM pada tahun ini begitu bertuah kerana kedua-dua BP angkat Us Shahrizan (bakal press) dan Us Azlan dan beberapa BP-BP lain dapat turun bersama dalam memeriahkan lagi Bazaria kali ini. Begitulah prihatinnya bp angkat Mansurah dalam melihat dan merasai sendiri keadaan dan suasana ahli-ahli yang berada di Mansurah itu sendiri. Kepimpinan PMRAM akan bertukar tidak lama lagi (kebiasaannya bulan 3), adakah Us Azlan dan Us Shahrizan akan kekal sebagai BP angkat DPMM?. Kita lihat saja nanti. Harap-harap kekal la.

Bakal Presiden PMRAM. (BP angkat DPMMansurah).

Apa yang kita lihat bazaria pada tahun ini bukan saja dikunjungi oleh warga nusantara Mansurah sahaja namun sahabat-sahabat kita dari muhafazah dan BKAN-BKAN lain juga turut berkunjung ke sini. Bagi ana paling istimewa tahun ini iaitu penglibatan DPM Dumyat selaku DPM taakhi bagi Mansurah, Perlis, Perak dan Terengganu.

Moga bertemu di lain masa. terima kasih pada semua. (tak sempat nak upload semua gambar). boleh lihat di blog us alifuddin.

Sunday, February 7, 2010

Barakall Ahhu Lana Wa Lakum

Alhamdulillah baru-baru ni dapat jemputan ke majlis kenduri kawin beberapa sahabat di Mansurah ni. Pertama kali ana ucapkan Selamat Menempuh Alam Perkahwinan, semoga berbahagia hingga ke akhirat. Ameen..

07hb ni status 'bujang' untuk us Kadir akan bertukar kepada 'pak dam' (istilah ni tak tau dr mn asal usulnya). Apa pun Tahniah dan Syabas!. Doakan yang lain-lain pula.

p/s : buat bekas ahli bait us kadir yg dah pegi jumpa bait muslim tu, cepat2 lah.



Maher Zain - Baraka allahu lakuma ماهر زين - بارك الله لكــما