Thursday, October 29, 2009

MAKLUMAN

Makluman :

Kepada semua pelajar Lughah Arabia (Bahasa Arab) Mansurah tahun 1, 2, 3 dan 4. Anda dikehendaki menyerahkan Satu Salinan Pasport Muka Hadapan kepada Amid Kuliah sabtu ini (31hb Oktober 2009). Sila serahkan kepada :-

-Tahun 1 dan 2 : Us Nuzul Hakimi
-Tahun 3 : Us Abdul Rahman
-Tahun 4 : Us Zahimi

Petang esok - 30hb Oktober 2009 (Jumaat). Setiap Mas'ul akan kutip setiap salinan pasport tersebut.InsyaAllah pada hari sabtu, UPEP akan menyerahkan kepada Amid kuliah Lughah.

-UPEP MANSURAH-

Wednesday, October 28, 2009

Kelebihan Bulan Zulkaedah

Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan.


Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini.


Eratkan silaturrahim, yang bermusuh, damaikanlah, yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang, rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni.


Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah.


Daripada Abu Bakrah(1), sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:


Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban.


Sumber : al-azim.com

Tuesday, October 27, 2009

Cebisan Hadis

Sabda Nabi Salallahualaihiwaaliwasallam :-

” Aku telah bertanya Nabi s.a.w : Amalan manakah yang dicintai Allah? Baginda menjawab : solat pada waktunya, Aku bertanya baginda lagi, kemudian apa? baginda menjawab : kemudian berbakti kepada kedua ibu bapa, Aku bertanya lagi, kemudian apa?, baginda menjawab : berjihad dijalan Allah “. ( Hadith riwayat Al-Imam Bukhari )


Hadis ini telah diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Masu'd radhiAllahuanhu


1- Sesungguhnya Hak Allah adalah terlebih penting dan utama untuk kita laksanakan berbanding hak kepada manusia.


2- Seorang anak wajib mentaati ibu bapa mereka kerana mereka yang menlahirkan, menyusukan, menjaga kita sejak kita lahir ke dunia ini.


3- Bagi seseorang yang ingin keluar berjihad maka baginya perlu mendapat keizinan daripada kedua ibu bapa mereka terlebih dahulu. wallahu a'lam.


Moga-moga Allah menjadikan kita dikalangan mereka yang menerima sesuatu ilmu dan dapat mengamalkannya. amin...

Monday, October 26, 2009

PMRAM Akan Menganjurkan Pakej Ibadah Haji 1430H


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sekali lagi akan menganjurkan pakej HAJI bagi tahun 1430H. Sehubungan dengan itu, PMRAM di bawah seliaan Badan Sambutan Dan Rehlah 2009, mengalu-alukan kepada semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir ini yang berminat untuk menyertai pakej HAJI bagi tahun 1430H yang dianjurkan oleh pihak PMRAM.

Antara dokumen-dokumen yang diperlukan bagi membuat urusan untuk menyertai pakej HAJI PMRAM 1430H adalah seperti berikut:

1. Iqamah (visa) berbaki sehingga awal Mac 2010
2. Surat sokongan Haji dari pihak Kedutaan Malaysia
3. Ta'syirah 'Audah (dibuat di Mujamma' Tahrir)
4. Tasdiq kuliah (pengesahan pengajian dari pihak universiti)
5. 10 keping gambar berukuran passport (latar belakang putih)
6. Syahadah Tat'im (laporan pemeriksaan kesihatan)

Semua dokumen yang tertera di atas, perlu diselesaikan sebelum 1 November 2009.
Antara pakej yang ditawarkan dalam pakej HAJI pada tahun ini adalah seperti berikut:

- Visa haji
- Rusum Bank Faisal
- Tiket kapal laut (kelas pertama, pergi balik)
- Bayaran muassasah
- Penginapan di Mekah dan hotel penginapan di Madinah
- Pakej lawatan ke sekitar Mekh dan Madinah
- Kemudahan pengangkutan bas, Kaherah - Safaga - Kaherah

Tarikh jangkaan untuk bertolak adalah pada akhir bulan Zulqaedah. Untuk sebarang maklumat lanjut atau permasalahan, bolehlah terus menghubungi Saudara Amaluddin Arshad, Naib Setiausaha Agung PMRAM, merangkap pemangku Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah PMRAM 2009 di talian +20164630443.

Tarikh akhir untuk pendaftaran adalah sebelum atau selewat-lewatnya pada 1 NOVEMBER 2009. Harga yang ditawarkan untuk pakej HAJI PMRAM pada tahun ini adalah USD 1950. Pihak PMRAM mengajak semua ahli untuk sama-sama mendoakan agar segala urusan untuk menjadi tetamu Allah, dipermudahkan.

::Sumber rujukan : www.pmram.org ::

Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah

Kehilangan merupakan satu perkara biasa dalam lumrah kehidupan manusia, di kala bertemu timbul rasa suka dan bahagia. Pertemuan kaum ansar dan muhajirin telah melawati batasan sejarah yang sekian lama di tinggalkan. Namun, keharmonian yang timbul diantara perilaku pertentangan antara dua mata ini telah menyinari dalam diri kehidupan manusia yang memahami dan menyusuri sejarah ini. Perpisahan pula merungkai segala kerinduan yang tidak akan padam. Pemergian Baginda Nabi Muhammad Sallahualaihiwaaliwassalam telah memperlihatkan betapa para sahabat merindui akan detik-detik kehidupan bersama Baginda. Namun hati-hati mereka yang bersinar dengan cahaya kenabian telah diasuh sekian lamanya semasa hayat Baginda. Indah sungguh pertemuan dan perpisahan mereka, tidak lain tidak bukan kerana mereka mengamalkan prinsip "Bertemu dan Berpisah Kerana Allah". Inilah yang menjadi pendorong dan penguat bagi jiwa-jiwa kental mereka.

Seorang ahli pelayaran yang singgah di sebuah pulau akan melihat bagaimana keadaan pulau tersebut. Perkara utama yang akan diteliti adalah keselamatan pulau tersebut. Andai kedudukannya tidak selamat maka pulau yang kedua akan menjadi persinggahan seterusnya. Pulau yang didudukinya itu akan diceritakan kepada orang ramai sekembalinya dia ke desa. Sekiranya pulau tersebut telah memberi seribu satu kebaikan maka pulau tersebut akan dipujinya. Sehinggakan ahli-ahli pelayaran lain akan mencari-cari di manakah terletaknya pulau tersebut. Andai sebaliknya, maka pulau itu akan menjadi kutukan dan rasukan bagi mereka yang mahu bertandang singgah sebentar melepaskan lelahan di perairan yang luas ini.

Jerit dan perit dalam mengharungi kehidupan dunia menjadi tradisi bahkan ia adalah sunnatullah yang sering kali kita hadapi. Pahit manis dalam menghadapi karenah dan perilaku segelintir manusia membuatkan kekadang kita ketawa dan kekadang kita menangis. Biarlah kehidupan yang sementara ini di bajai dengan rasa kefahaman kenapa dan apa perlunya kita bertandang sebentar ke bumi Allah subahanahuwataala ini. Suka dan tawa akan menjadi manis sekiranya semua perlakuan ini kita sandarkan kepada Tuhan Pencipta kita. Kehidupan juga tidak boleh sendirian, ia perlu bersama teman-teman. Mereka ini akan memberi seribu satu bentuk memek muka kepada kita, ada kalanya kita tersenyum manis, tersenyum sinis, tersenyum duka, menangis gembira, merintih dan pelbagai reaksi memek muka yang kita sendiri tidak dapat gambarkan secara spontan dan sepintas lalu. Mana mungkin ia akan berlaku tanpa ada sesuatu yang menyebabkan hati kita tersentuh, kalau ia terjadi tanpa ada ransangan dari sesuatu gila namanya.

Kehidupan dalam berteman dan bersahabat ini mengundang bermacam-macam pancaroba dalam kehidupan. Lelah rasanya diri dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang teman setia. Tetapi asam garam dalam bersahabat ini menjadikan kita rasa nikmatnya mempunyai teman yang akrab. Aduhai diri kemana perginya mereka dikala kita keseorangan. Ingat, mereka juga manusia, waktu dan masa mereka bersama kita tidak kita ketahui hanya Allah yang Maha Agung sebagai penentu. Kekadang sesaat kita melihat mereka berada di sisi, kekadang dalam masa sesaat juga mereka pergi tanpa berita. Perpisahan bersama mereka membuat hati jadi gundah gulana, semua kerja jadi tak kena. Alahai lemahnya hati dalam nak menerima sesuatu yang tak dijangka. Lebih-lebih lagi berpisah dengan mereka yang kita sayangi kerana Allah. Apapun perpisahan tetap juga berlaku. Apakan daya diri ini tidak mampu menahan kudrat dan iradat Ilahi. Terima dan redha dengan hati yang tenang serta ikhlas merupakan satu perkara penting dalam perpisahan ini. Moga Allah memperteguhkan jiwa yang sedang berkocak ini.

Buat temanku, langkah demi langkah kau tinggalkan aku. Sedang masa kita bersama akan menjadi satu kenangan yang tidak akan dilupa. Jangan kau tinggalkan kenangan-kenangan ini, kehidupan baru harus dibina. Aku akan mencari teman baru dan begitu juga engkau. Bukan Mudah untuk serasikan diri bersama teman baru tetapi ini adalah bidayah pertemuan seperti mana kita dahulu. Apapun ku doakan moga perjalanan dan keberengkatanmu akan diberkati. Andai tiada waktu yang memberi sinar baru bagi pertemuan di dunia ini. Berdoalah moga pertemuan abadi di akhirat akan kita bina semula di sana. Ingatlah, bukan kerana naluri dan perasaan kita bina jalinan ini, namun atas dasar Ukhuwah Islamiah kerana Allah kita dapat bersama dan atas dasar ini juga naluri dan perasaan menular di segenap saluran nadi dan darah kita. Moga Ukhuwah Fillah ini kekal abadi kerana kita sandarkan kepada Rabbul Izzati. :)

Mohon kemaafan andai ada terkasar dan terguris rasa selama kita bersama. Ku hulur sepuluh jari memohon agar dimaafi.


Tuesday, October 20, 2009

02 Zulkaedah 1430 = 21 Oktober 2009

Perjumpaan Hisbah : Dr jam 12:00
Mengenali dengan lebih dekat unit ini serta melihat kepada gerak kerja yang perlu direncanakan pada sesi ini.

Kulliah : Dr jam 14:00
Waktu Kulliah.

Ke Rumah Pengerusi PCM :
Dr jam 21:00 hingga 22:00
Bertemu dan beramah mesra dengan pengerusi PCM yang disegani. Meminta pandangan dan pendapat berhubung masalah-masalah dan perancanaan bagi dua Persatuan ini.

Ke Mator : Dr jam 03:00
InsyaAllah ahli bait merangkap Setiausaha Agung dan Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan dijangka sampai pada jam 05:45 waktu mesir. Alhamdulilah. :)

Jawazat dan Amnu Daulah

Jawazat :

Hari ini Alhamdulillah dapat berjumpa dengan seorang pekerja dibahagian pengurusan visa. Dapat juga bertanya tentang visa pada sesi ini. Masih lagi sama sebagaimana sesi lepas. Ana cuba bertanya berkenaan apakah qarar ini boleh dimansuhkan?, namun jawapan daripada beliau agak mengecewakan. "Ini adalah qarar diantara dua negara, diantara negara Malaysia dan Mesir, jika mahu diselesaikan merekalah yang bertangungjawab dalam isu ini" Jelas menunjukkan qarar ini ada hubung kait antara negara kita Malaysia dan Mesir. Pihak keselamatan Mesir juga terpaksa akur dengan perintah atasan ini. Ala kulli hal, insyaAllah isu ini akan cuba ditangani. Bagaimana caranya?. Wallahua'lam. Sama-sama kita fikirkan.

Pejabat Polis Turil :

Dapat juga bertemu dengan pihak keselamatan, banyak juga isu hendak diketengahkan, lebih-lebih lagi baru-baru ini berlaku lagi satu kes kecurian tanpa sedar dikalangan mahasiswi di sini. Isu berkenaan prosedur visa yang perlu diminta pandangan dari mereka bagaimana cara untuk memudahkan pengurusan mendapatkan visa dan isu prosedur terbaru Al-Azhar khususnya bagi kulliah banat. Prosedur baru bagi kulliah Al-Azhar ini diutarakan bagi memohon pihak keselamatan dapat menempatkan beberapa polis bagi mengawal keselamatan akhwat terutamanya ketika pulang dari kulliah pada waktu malam. Namun, ketiga-tiga isu ini tidak dapat diajukan kerana terpaksa ditangguhkan pada hari sabtu ini. Kemungkinan ada beberapa kes yang pihak keamanan mahu selesaikan, masuk saja dibilik menunggu kedapatan ramai lelaki-lelaki arab yang seperti Ikhwan Muslimin lagaknya, berjanggut, berkopiah (ada yang tak berkopiah), bibir-bibir mereka sentiasa terkumat-kamit membacakan sesuatu (quran/zikir). Takut juga mahu menyapa mereka. InsyaAllah sabtu ini, semua isu ini akan diutarakan.

Pulang ke Rumah :

Pulang dan terus saja mengemas barang-barang tinggalan yang masih lagi tidak dihantar ke dewan. InsyaAllah semuanya akan selesai hari ini.

Hari ini sepatutnya ada janji temu dengan seorang ahli, namun kerja untuk persatuan didahulukan kerana ia perlu disegerakan.

Alhamdulillah pada hari ini juga lengkap 11 orang HEWI berada di bumi Mansurah ini bagi memikul tugas-tugas mereka. InsyaAllah 22hb 10 09 ini 2 orang lagi AJKT akan pulang bagi melengkapkan 11 orang AJKT dalam meneruskan amanah yang dipikul. Moga Allah memudahkan urusan kita semua. Kepada seluruh ahli bantu dan berilah tunjuk ajar kepada kami.

Monday, October 19, 2009

1 Zulkaedah 1430 = 20 Oktober 2009

Ke Jawazat : dari jam 08:30 hingga 10:30.
Melihat keadaan semasa di sana. Berbincang dengan ammu jawazat isu-isu visa yang masih lagi tidak selesai.

Ke Amnu Daulah Turil :
dari jam 10:30 hingga 12:30
Membincangkan isu-isu semasa bagi seluruh pelajar Malaysia yang berada di bumi Mansurah ini.

Ke Kulliah :
dari jam 14:00 hingga 17:00

Ziarah Rumah Ahli :
dari jam 19:30 hingga 21:00
Ziara menziarahi amalan mulia.

p/s : lain-lain adalah aktiviti rutin yang tidak perlu disebutkan.