Tuesday, December 29, 2009

Imtihan :)

Baru-baru ini dapat beberapa motivasi dari Us Farid (peg atase negeri Pahang, Kaherah). Ana cuba kongsikan bersama.

  • Manusia itu tidak malas tetapi mempunyai matlamat yang mati.
  • Kebanyakan halangan dalaman dan halangan luaran adalah hasil ciptaan kita sendiri.
  • Kebanyakan kita di masa muda telah mati dan dikebumikan ketika tuanya.
Antara beberapa kata-kata keramat, moga-moga ia menjadi manfaat buat semua. Imtihan sudah menghampiri dengan kadar waktu yang tidak lagi dapat dihitung kerana terlalu dekatnya dengan kita. Kata-kata yang keluar dari sheikh Ali Ali Ali Luqom baru-baru ini harus dipraktikan dengan sedaya mungkin. Bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. (Allah akan membuka jalan ilmu kepada kamu).


Ana juga mengucapkan Selamat Menghadapi Imtihan bagi fasa I kepada seluruh mahasiswa/wi yang berada diperlembahan nil ini. Semoga natijah yang terbaik diberikan oleh Allah kepada kita dengna usaha, doa dan tawakal yang kita lakukan.

Wednesday, December 16, 2009

Muhasabah Diri

[Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat. Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Ana harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.]---petikan dari salah satu penulisan yang ana kira sangat bagus. Kesimpulannya, jangan penat untuk melakukan kebaikan.

Setahun dah berlalu. Esok (17hb Disember 2009 = 1 Muharram 1431) genap setahun kita berada di bulan Hijriah. Ya Allah, berapa banyak amalan yang engkau terima dan engkau murkai telah aku lakukan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Adakah setiap saat yang aku lalui engkau campakkan rahmat atau hanya murka yang ku terima?. Berat rasa kaki ini untuk melangkah ke tahun seterusnya. Setahun yang berlalu terlalu aku asyik dengan dunia yang hanya sementara ini. Terlalu asyik dengan anugerah mata, tangan, kaki dan seluruh anggota tubuh tanpa mengira erti halal dan haram.
Betapa malunya aku, setiap hari udara percuma yang ku sedup tiada satu pun kalimah "Alhamdulillah" terpacul di bibirku. Ya Allah betapa baiknya Engkau, masih memberi aku kesempatan waktu dan masa untuk aku bertaubat. Terima Kasih Tuhan. Ampunilah segala salah dan silapku. Moga tahun yang mendatang lebih baik dan lebih elok dari yang sebelumnya. :(

Azam tahun baru, Apa ye?. mmm... masih tertanya-tanya lg?.


Ana mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijriah 1431 kepada seluruh Muslimin dan muslimat di serata dunia.

Sunday, December 13, 2009

Kehidupan Manusia


Tidaklah Allah subahanahuwataala menjadikan manusia dan semua jenis makhluk itu melainkan hanya untuk tunduk dan patuh kepada-Nya. Dunia yang sedang kita nikmati ini hanyalah sebagai persinggahan sementara. Sebuah bahtera dihamparkan buat sekalian makhluk-Nya bagi melihat siapa kuat dan siapa yang lemah. Kemungkinan pelbagai reaksi yang akan kita lihat di dalam bahtera ini. Namun mereka adalah sama seperti kita. Siapa kita di dalam bahtera ini?. Kemungkinan seorang pengemudi atau hanya sebagai tukang cuci lantai?.

Bahtera ini sedang belayar, dari awal sudah disisipkan peta ke mana destinasi harus ditujui. Selaku pengemudi harus peka dengan kompas dan bintang-bintang selaku penunjuk arah serta perlatan kapal yang ada. Andai pengemudi membawa kita ke lautan yang bergelora pasti karam semuanya. Pengemudi diibaratkan sebagai nakhoda kapal, dialah yang menetukan ke mana mahu membawa penumpangnya.

Penumpang juga ada peranannya, kemungkinan kita menaikan layar atau hanya berada digeladak sahaja. Bagi mereka yang menguruskan kemudi kapal tentu perlu kepada penelitian yang begitu rapi dalam melaksanakannya. Rosak kemudi hilang haluan ke mana harus dituju. Dermaga merupakan satu binaan tempat untuk kapal berlabuh dan ditambat untuk proses pemuatan dan pemunggahan kargo. Inilah tempat sama ada semua penumpang dan barang sampai dengan selamat atau sebaliknya.

Kehidupan hanya sementara. Tak lebih dari itu. Persinggahan d isebuah pulau dunia yang hanya seperti sarang labah-labah sahaja. Apabila ditiup angin hancur dan tidak ada apa-apa. Mari koreksi diri. Siapa kita di hadapan Pencipta semua ini?.

Wednesday, December 2, 2009

Korban di Mansurah

Alhamdulillah baru-baru ini kita sama-sama dapat meluangkan sedikit masa dalam menjalani ibadah yang begitu mulia iaitu Korban. DPMM pada sesi ini menerima tiga ekor binatang korban, kharuf.

Alhamdulillah majlis dapat diadakan dengan jayanya walaupun pada asalnya daging tersebut perlu diagihkan namun disebabkan kuantiti yang sedikit, keputusan memasak daging tersebut telah disepakati.

Ana mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ibadah korban ini. Pengarah program us Alifuddin dan timb pengarah utz Adyana yang bertungkus lumus bersama ajk mereka dalam mempastikan program ini berjaya dari awal hingga ke penghujungnya, jutaan terima kasih dihulurkan. Moga-moga usaha ini dibalas dengan satu hadiah dari Allah subahanahuwataala iaitu "Taqwa".