Tuesday, October 20, 2009

Jawazat dan Amnu Daulah

Jawazat :

Hari ini Alhamdulillah dapat berjumpa dengan seorang pekerja dibahagian pengurusan visa. Dapat juga bertanya tentang visa pada sesi ini. Masih lagi sama sebagaimana sesi lepas. Ana cuba bertanya berkenaan apakah qarar ini boleh dimansuhkan?, namun jawapan daripada beliau agak mengecewakan. "Ini adalah qarar diantara dua negara, diantara negara Malaysia dan Mesir, jika mahu diselesaikan merekalah yang bertangungjawab dalam isu ini" Jelas menunjukkan qarar ini ada hubung kait antara negara kita Malaysia dan Mesir. Pihak keselamatan Mesir juga terpaksa akur dengan perintah atasan ini. Ala kulli hal, insyaAllah isu ini akan cuba ditangani. Bagaimana caranya?. Wallahua'lam. Sama-sama kita fikirkan.

Pejabat Polis Turil :

Dapat juga bertemu dengan pihak keselamatan, banyak juga isu hendak diketengahkan, lebih-lebih lagi baru-baru ini berlaku lagi satu kes kecurian tanpa sedar dikalangan mahasiswi di sini. Isu berkenaan prosedur visa yang perlu diminta pandangan dari mereka bagaimana cara untuk memudahkan pengurusan mendapatkan visa dan isu prosedur terbaru Al-Azhar khususnya bagi kulliah banat. Prosedur baru bagi kulliah Al-Azhar ini diutarakan bagi memohon pihak keselamatan dapat menempatkan beberapa polis bagi mengawal keselamatan akhwat terutamanya ketika pulang dari kulliah pada waktu malam. Namun, ketiga-tiga isu ini tidak dapat diajukan kerana terpaksa ditangguhkan pada hari sabtu ini. Kemungkinan ada beberapa kes yang pihak keamanan mahu selesaikan, masuk saja dibilik menunggu kedapatan ramai lelaki-lelaki arab yang seperti Ikhwan Muslimin lagaknya, berjanggut, berkopiah (ada yang tak berkopiah), bibir-bibir mereka sentiasa terkumat-kamit membacakan sesuatu (quran/zikir). Takut juga mahu menyapa mereka. InsyaAllah sabtu ini, semua isu ini akan diutarakan.

Pulang ke Rumah :

Pulang dan terus saja mengemas barang-barang tinggalan yang masih lagi tidak dihantar ke dewan. InsyaAllah semuanya akan selesai hari ini.

Hari ini sepatutnya ada janji temu dengan seorang ahli, namun kerja untuk persatuan didahulukan kerana ia perlu disegerakan.

Alhamdulillah pada hari ini juga lengkap 11 orang HEWI berada di bumi Mansurah ini bagi memikul tugas-tugas mereka. InsyaAllah 22hb 10 09 ini 2 orang lagi AJKT akan pulang bagi melengkapkan 11 orang AJKT dalam meneruskan amanah yang dipikul. Moga Allah memudahkan urusan kita semua. Kepada seluruh ahli bantu dan berilah tunjuk ajar kepada kami.

No comments: