Tuesday, February 16, 2010

Bazar DPMM 10

Alhamdulillah selesai satu program Bazar '10 baru-baru ini. Terima kasih diucapkan kepada seluruh Ad-Hoc pelaksana yang bertungkus-lumus sejak sebulan sebelum program lagi. Moga Allah membalas segalanya dengan kebaikan yang kalian curahkan. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan DPMM AJKT dan HEWI kerana sudi meluangkan sedikit masa dan tenaga dalam membantu bagi menjana ekonomi DPMM pada program Bazar tahun ini. Begitu juga kepada seluruh masyarakat nusantara yang hadir dalam menjayakan dan memeriahkan lagi Bazaria kita pada tahun ini. Alhamdulillah.

Us Azlan segak bergaya. (bp angkat DPMMansurah).

Pada tahun ini, atas komitmen dan kegigihan pengarah dan seluruh adhoc pelaksana kita berjaya juga melaksanakannya dengan baik. DPMM pada tahun ini begitu bertuah kerana kedua-dua BP angkat Us Shahrizan (bakal press) dan Us Azlan dan beberapa BP-BP lain dapat turun bersama dalam memeriahkan lagi Bazaria kali ini. Begitulah prihatinnya bp angkat Mansurah dalam melihat dan merasai sendiri keadaan dan suasana ahli-ahli yang berada di Mansurah itu sendiri. Kepimpinan PMRAM akan bertukar tidak lama lagi (kebiasaannya bulan 3), adakah Us Azlan dan Us Shahrizan akan kekal sebagai BP angkat DPMM?. Kita lihat saja nanti. Harap-harap kekal la.

Bakal Presiden PMRAM. (BP angkat DPMMansurah).

Apa yang kita lihat bazaria pada tahun ini bukan saja dikunjungi oleh warga nusantara Mansurah sahaja namun sahabat-sahabat kita dari muhafazah dan BKAN-BKAN lain juga turut berkunjung ke sini. Bagi ana paling istimewa tahun ini iaitu penglibatan DPM Dumyat selaku DPM taakhi bagi Mansurah, Perlis, Perak dan Terengganu.

Moga bertemu di lain masa. terima kasih pada semua. (tak sempat nak upload semua gambar). boleh lihat di blog us alifuddin.

1 comment:

Anonymous said...

Mabruk alaika wa alaihum jamian. =D
Selamat menjalankan amanah =D